[[ Ranjau Sepanjang Jalan ]]

Adat Di jaga Sunnah Di pelihara

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," Ust Hassan Shukri - Mantan Timb. Presiden PAS

Inspirasi Hidupku

Inspirasi Hidupku

Suka bersangka-sangka

Posted by Farhan Rais



Salam perjuangan buat semua..

Manusia hari ini suka bersangka-sangka.Ada sangkaan baik, ada sangkaan buruk. Orang beribadah disangka riak. Orang yang relax disangka malas, Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk, Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina), Orang makan banyak disangka pelahap, Orang makan sikit disangka diet,
Orang baik disangka buruk, Orang buruk disangka baik, Orang senyum disangka mengejek, Orang masam disangka merajuk, Orang bermuzakarah disangka mengumpat, Orang diam disangka menyendiri, Orang menawan disangka pakai susuk, Orang nampak ceria disangka membela.

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Pendek kata, jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... .

Selamat bersangka baik buat semua, terutama sekali diri ana sendiri..Husnu Zhan sokmo ye..

اللهم إنا نسألك من حسن ظن وأعوذبك من السؤ ظن..أمين يا رب

Salam perjuangan & selamat bermujahadah

Experience is a good teacher

Posted by Farhan Rais



Salam perjuangan buat semua..

Cakap orang putih la pulak tajuk artikel ana hari ni. Bukan apa ayat tu pernah dengaq dari mulut sesorang. Dalam TV ka dari abah ana. Ana tak ingat dah yang tu. Tapi yang pastinya ia cukup bermakna dari kata-kata tersebut. Pengalaman adalah guru yang paling terbaik sekali dalam hidup kita sekarang ni. Pepatah orang tua-tua juga ada mengatakan " jauh perjalanan banyak pengalaman ". Lagi jauh kita melangkah semakin banyak pengalaman yang akan kita dapat kecapi bersama.

Pernah juga ana dengar dari cakap orang yang mengatakan. Kanak-kanak sewaktu kecil jangan dilarang lagi apa yang hendak dia lakukan. Asalkan benda yang dilakukannya itu tidak melanggari batas-batas syariat yang ditetapkan udah le. Terkenang jugak masa kecil-kecil dulu. Bila panjat pokok mangga, kena gigit kerengga dan akhirnya jatuh ke tanah jua. Kata-kata dari mama ana yang tak akan ana lupakan sampai bila-bila. Bila dah jatuh dari pokok tu mama ana dengan selamber berkata " ha hang panjat la lagi esok na. Kalau boleh lepas ni panjat pokok nyioq (kelapa) pulak". hehe tersengih ana bersendirian bila mengenangkan kembali detik-detik itu. Nak panjat pokok nyioq ana tak berani sebab tinggi sangat. Kena pulak takde dahan. Lagi la susah nak panjat. Kalau pokok petai cek berani lagi la..hehe

Dari kata-kata mama ana tu, masa kecil memang la kita terasa, mau taknye. Dahla tengah sakit, kena bebel pulak lagi tu. Yang pi cari sakit sapa yang suruh. Padan muka hang. hahaha semua abang-abang dengan adik ana ketawakan ana. Satu pengalaman baru yang ana perolehi tika itu. Dari tak pandai nak panjat pokok terus jadi hero panjat pokok moktan (rambutan) bila pulang ke kampung kecil-kecik dulu. Orang pertama yang turun dari van menuju ke kebun rambutan abah ana adalah ana sendiri la. Yang lain semua kait buah guna alat penyepit tu. ana dah ada pengalaman terjun pokok. Bukan bidan terjun na. Ana la hero masa tu bila buah-buah yang dikait sangkut di celah-celah dahan yang lain. Alhamdulillah kan. Betulla ayat orang putih tadi tu. Experience is a good teacher. Dari pengalamanlah kita mula belajar mengenali sesuatu yang tak pernah kita kecapi sepanjang tempoh hidup kita ini.

Masa kecil hal masa kecil, dari tak pandai panjat pokok, boleh panjat pokok, Dari tak pandai berenang yang pernah hampir membuatkan ana lemas di tali air, membuatkan ana kini ke tengah lautan pun insyaAllah boleh berenang, dari tak pandai memasak juga kini ana dah pandai reka resepi sendiri. Pendek kata dari pengalamanlah kita belajar erti hidup yang sebenar. Kini peningkatan kedewasaan ana semakin meningkat. Semakin lama bagaikan terasa semakin membebankan hidup ana. Tapi ana gembira dan bahagia sangat-sangat dengan hidup ana sekarang ni Alhamdulillah. Akan datang tak tahu pula macam mana keadaaan ana bila dah bekeluarga, dah ada anak dan isteri. Mesti lagi banyak bebanan yang perlu dipikul masa tu kan? Tanggungjawab terhadap keluarga sendiri, ibu ayah, diri sendiri bakal lagi memberi pengalaman yang baru dalam hidup ana kelak. Moga Allah mempermudahkan segalanya bagi ana untuk terus tabah menempuh onak duri yang berliku dalam hidup ini kelak, amin.

اللهم لا سهل إلا ماجعلته سهلا وأنت تجعل الخزن إذا شئت سهلا

Teringat akan kata-kata seseorang : " hidup ini perlukan kesabaran. jika tiada kesabaran maka tiada lagi yang akan hidup. teruskan bersabar untuk meneruskan kehidupan yang diberkati Allah." -mashitahjuki

Satu kata-kata yang penuh semangat yang memberikan kembali semangat pada ana untuk meneruskan kehidupan yang beronak liku ini. Moga Allah terus tanamkan sifat kesabaran dalam diri kita semua selalu. Amin ya Rabb

Doa yang di baca oleh umat Nabi Daud ketika musibah menimpa bala tenteranya yang di pimpin oleh Thalut yang sedang berperang denga Jalut. Amalkan bersama selalu doa ini ye

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah : 250)

Salam perjuangan & selamat bermujahadah

Angkara tangan manusia

Posted by Farhan Rais

 
ALOR SETAR, 26 November 2009 – Mini Billboard gambar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Motif pihak tersebut berbuat demikian masih belum dikenalpasti tetapi terdapat unsur khianat.
Terdapat beberapa mini billboard yang telah dirosakkan angkara perbuatan khianat mereka antaranya di sekitar Jitra, Alor Setar dan Kuala Kedah. Perbuatan tidak bermoral ini dipercayai telah dilakukan pada 24 November 2009.

 
 
 
 
Awatlah kurang siuman sangat puak-puak ni? Sape yang upah hampa ni??Teruk betoi perangai..Macam ni ka nak biaq bagi depa pimpin Negara kita? Dengki, putaq belit, menipu. Tu la kerja depa ni? UMNO oh UMNO. Padan sangatlah dengan nama UMNO tu..Umno Menipu Number One. 
Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

Terlalu tinggi kemuliaan dan darjat Rasullullah SAW

Posted by Farhan Rais



Salam perjuangan buat semua..

Mungkin kita terlupa dengan artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah Kepada kita.

Tanamlah rasa cinta kepada agama dan sesama muslim lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Wassalam

Salam perjuangan & selamat bermujahadah..

Hidung Oh Hidung

Posted by Farhan Rais



Salam perjuangan buat semua..

Sekadar santai-santai menghilangkan bosan. Kalian semua masih ingat lagi tak skrip ni? " Walaupun rupamu tidakku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku." hehe Ni antara skrip yang melucukan yang sentiasa ana ingat. Hinggakan anak saudara ana ketawa terbahak-bahak bila mendengar skrip yang disampaikan oleh Aziz Satar dalam Filem Seniman Bujang Lapuk ini.

Hari ini saje ana nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu. Tak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya kenalah kita ambil tahu sedikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak?? Bila kita menangis kadang-kadang hidung pun tumpang nangis. Kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Ianya tidak menjejaskan hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita macam-macam yang dia bikin. Oleh itu bersihkanlah.

Cara nak bersihkannya.. Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-perlahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa).

Nak bubuh sabun pun boleh tp jangan le byk sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu. Boleh lemas tu kan susah. Setakat ni tak ada seorang lagi pun yang sanggup buat CPR melalui hidung.

Kalau teringat sama-samalah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga insyaAllah (bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata.. "Walaupun dirimu tidakku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!" hehe.. JANGAN MARE.....

Tadi dok merewang-rewang ke pakcik Google. Gambar baby cute ni yang ana jumpa. Comel sangat-sangat :


Ngantuk pun sempat lagi korek hidung..hehe


Salam perjuangan & selamat bermujahadah

Dasar UMNO pembohong besar

Posted by Farhan Rais



Salam perjuangan buat semua..

Petikan dari akhbar Kosmo! hari ni :

BTN tidak berniat jahat - Muhyiddin

MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.
"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," katanya kepada pemberita di Pagoh dekat sini semalam pada majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuat kuasa serta-merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional. - Bernama.

Pembohong besar.....Tu ja yang ana boleh cakap. Bab-bab putaq belit ni serah kat depa la..Dasar Umno Tolol

2 tahun yang lalu. Bulan Julai 2007 sebelum ana berangkat ke Mesir. Diwajibkan bagi semua pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara mengikuti program haprak ni. Nak tak nak terpaksa juga ana ikut program BTN ni. Pesan seorang guru yang kebetulan mengajar sekali dengan ana sebelum tu (ana selaku guru ganti). Dia katakan pada ana " hang pi sana nanti jadi la sat orang biru. berlakon ja lebih-lebih sikit." Nak tak nak terpaksa juga la ana jadi Be End sat masa tu dalam 5 hari. Memang program yang di anjurkan itu ada baiknya. Yang paling ana suka sekali layanan pelatih pada kami semua. Memang memuaskan, paling ana tak dapat lupakan, pagi-pagi nyanyi lagu Negaraku dengan lagu Wawasan 2020 dengan penuh semangat. Semangat patriotik tetap ada. Sape yang tak cintakan tanahair kan? Dan yang paling istimewa, Tuan Misai lebat (macam Sarjan Senin dalam Gerak Khas pun ade gak). Nama apa ana dah lupa dah, memang rapat ana dengannya. Hinggakan hari terakhir program sewaktu majlis perpisahan dia peluk ana tak lepas-lepas..huhu..

Tapi.... yang menyakitkan hatinya adalah si Muhyiddin ni putaq belit dalam Akhbar. Lain yang ana rasakan sewaktu mengikuti program ni. Ana masih ingat lagi sewaktu slot bersama panel jemputan. Dalam Forum yang ke 3 tak salah ana. Memang panas hati sungguh kami semua masa tu. Dalam masa 2 jam yang diberikan oleh si Panel haprak tu. Memang kaw-kaw dia kutuk PAS. Siap kata kat Tok Guru Nik Aziz lagi. Bikin panas telinga ja. Tapi ana tidor time tu. Malas nak layan..hehe Memang dasar UMNO ni penipu besar. Memang sah-sah program yang dianjurkan tu untuk tarik orang suruh undi depa. Dasar tolol bin toyol punya olang..

p/s : Paling melucukan sewaktu program tu yang ana takkan lupakan sampai bila-bila. Anak Ust Taib Azzamuddin (Ahli Parlimen Baling)  yang kebetulan sama-sama menuntut ilmu dengan ana di KUSZA dulu dan juga satu kapai dengan ana nak ke Mesir ni. Azam Azizi namanya. Dia ceritakan pada kami semua sewaktu berada didalam dorm masing-masing. Satu slot tu fasiltator setiap kumpulan menanyakan kepada kami siapa pemimpin yang dikagumi. Jawapan beliau semua nak tau siapa dia? Dr Mahathir..Kah kah kah kah..Macam la si fasilitator tu tak kenai dia. Tengok muka pun orang dah cam dia anak Ust Taib di campur dengan 'bin' nya lagi..Gelak besar kami semua dalam dorm masa tu. Siap jadi modal Ust Taib berceramah lagi lepas pada tu...hehehe Zizi oh zizi...


2 tahun yang lalu. Ifthar kat thamin bersama Azizi



Salam perjuangan & selamat bermujahadah

Pelaburan Hebat: 9 Zulhijjah 1430H / 26 November 2009

Posted by Farhan Rais

Salam perjuangan buat semua..

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari eid, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)

Buat semua sahabat-sahabat. Peringatan ni ditujukan buat kita semua termasuk ana sekali. Jom sama-sama kita berpuasa sunat esok bagi yang tiada keuzuran. Kebetulan esok adalah hari Khamis. Memungkinkan juga bagi kita semua untuk melakukan Puasa Khamis & Puasa Hari Arafah serentak insyaAllah.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi).

Hanya sekadar peringatan dari hamba yang dhaif lagi hina ni saja. Moga amalan yang tak seberapa yang kita lakukan ni di terima Allah s.w.t hendaknya. Amin

Salam perjuangan & selamat bermujahadah

Santai-santai aje....

Posted by Farhan Rais



Salam perjuangan buat semua..

Hanya sekadar me'realease'kan tension ana je. Dah pening kepala asyik study je. Nak lepaskan kat sini jap. Orang cakap muka ana ni ade iras-iras Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masa muda-muda, betoi ke? Macam tak percaya pun ade gak bila mula-mula dengar tu. Bila di nilai sendiri memang la, sape yang tak nak ngaku kan bila di puji sebegitu sekali. Semua tu ciptaan Allah s.w.t. Memang tak di nafikan dalam dunia ni boleh dikatakan ada 7 orang mempunyai wajah yang seiras. Dan tak dinafikan juga keluarga ana memang antara salah satu dalam sejuta peminat filem arahan beliau. Dari ana kecik lagi suka sangat tenngok filem-filem arahan beliau. Hinggakan turun ke anak-anak saudara ana la juga. Semua minat lagu dan filem yang di arahkan oleh beliau.

Ana nak menilai sendiri takut orang kata ana perasan pulak. Bak kata pepatah tu ape? Masuk bakul angkat sendiri? Erm, entahlah...Antum semualah yang nilaikan ye.Boleh bagi komen kat bawah ni. Tak pun kat mana-mana ja yang senang bagi antum semua menilai. Nak buat poll, malas la pulak. Nanti kang orang cakap macam nak undi Mr World pulak..hhihihi..Apa-apa pun semua ni ciptaan Allah yang sementara je. Tak kekal lama pun semua ni. Mai tua kerepot juga ana nanti kan??hehe

Santai-santai aje..Jangan ade yang tension okey...Selamat menilai..

Related Posts with Thumbnails